Friday, June 5, 2009

Yusuf menjadi pilihan hati Ummi

Bismillah Wa Bi Hamdih

Syukur tidak terhingga pada IlaHi Rabbi. tidak henti memberi ni'mat kurnia yang cukup berharga.. untuk diri sering meninsafi.. buat diri sering berpaut padaNYA.

kehadiran yusuf pada 2 Disember 2009 menambah keriangan Muhammad yang penuh dengan nilai - nilai yang ummi kagumi. itulah fitrah diri yang masih terpelihara.

Bunaiya Yusuf..

ummi tidak memilih namamu atas dasar mengenangkan kekacakan Nabi Yusuf.. tetapi keseluruhan kisah hidup Nabi Yusuf membuat ummi begitu teruja. bukan itu sahaja, Nabi yusuf telah di nukilkan kisah hidupnya dalam satu surah dengan penuh terperinci. surah ini juga mudah di fahami..

Bunaiya Yusuf..

kau lahir di saat ummat Islam amat memerlukan manager yang penuh dedikasi dan amanah. manager berjiwa besar. kau lahir di saat dunia memandang sepi Keindahan Islam.. ummat Islam juga ramai yang larut dan asyik dengan masalah cinta insani... ummi mahu kau menjadi insan yang memahami izzah Islam dan iffah nafs..

ummi mahu kau menghargai nilai yang lebih halus dari penilaian zahiri.. bergandinganlah sentiasa bersama abang Muhammad melayari kehidupan mendakap Redha ILaHi..

Moga nilai dirimu mampu ummi serlahkan dengan tarbiyyah BimbinganNYA. Moga kau menjadi insan yang gigih persis Nabi Yusuf A.S dalam keunikan fitrah dirimu.

Sunday, May 31, 2009

Dedikasi UMMI


Salamullahialaika..

bunaiya yusuf..

blog ini ummi dedikasikan khas untuk mencatat segala perjalanan hidupmu. Kehadiran di kala ummi sedang berusaha membangun kekuatan diri menjadi pemangkin buat ummi lebih gigih bermujahadah.

bunaiya..

Permulaan hidupmu cukup berbeza dengan abangmu muhammad. Kau hadir dalam suasana keluarga besar ummi sedang di uji dengan seberat - berat ujian. Ummi benar - benar berharap bahwa kehadiranmu dalam suasana begini tidak mematahkan fitrahmu yang bersih, bertenaga dan sentiasa berpaut padaNYA.

layarilah kehidupan ini dengan inspirasi yang ummi perolehi dari kisah Nabi Yusuf, kisah hidupnya jua penuh dengan cubaan... Namun, ALLAH tetap menjadi keutamaan padanya. Lorongan Redha IlaHi jua menjadi pilihan walau apapun ujian yang di hadapi.

Moga ALLAH membimbing ummi agar dapat mendidikmu sesuai dengan fitrah dirimu.AMEEN.